Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Pejabat Pengurusan Pembangunan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan dengan limpah kurnianya laman web Pejabat Pengurusan Pembangunan akan sentiasa dijadikan suatu wacana di dalam perhubungan dan penyaluran maklumat yang lebih tersusun dan pantas kepada warga jabatan, warga universiti dan orang awam keseluruhannya.

Pejabat Pengurusan Pembangunan telah terlibat dengan aktif di dalam membangunkan prasarana dan kemudahan fizikal dari mula penubuhan UTeM pada tahun 2000 dahulu. Pembangunan dan pengoperasian fizikal kampus bermula di Kampus Sementara, Taman Tasik Utama sehinggalah kepada pengoperasian UTeM di tiga buah kampus pada masa kini. Tahun-tahun kebelakangan ini juga menyaksikan projek-projek pembangunan di Kampus Induk UTeM telah mula rancak semula seiring dengan perkembangan keperluan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta pentadbiran dan pengurusan universiti. Pejabat Pembangunan akan terus seiring dengan pengurusan tertinggi di dalam merancang dan membangunkan kampus agar selaras dengan misi dan visi UTeM.

Perlaksanaan operasi dan penyelenggaraan yang terbaik juga menjadi agenda utama jabatan khususnya dan universiti amnya bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan pengguna bangunan sentiasa terjamin. Mengambil maklum akan pentingnya aktiviti operasi dan penyelenggaraan bangunan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, beberapa program, inisiatif dan aktiviti telah, sedang dan akan dilaksanakan antaranya adalah pensijilan standard MS ISO 9001:2008 Pejabat Pengurusan Pembangunan untuk pengurusan penyelenggaraan, penggunaan sepenuhnya Sistem Maklumat Fasiliti dan lain-lain lagi. Semua ini dilaksanakan atas desakan untuk memenuhi keperluan pengurusan penyelenggaraan yang semakin mencabar.

Selain daripada dua aktiviti utama ini, Pejabat Pembangunan juga bertanggungjawab ke atas pengurusan sewaan bangunan untuk kegunaan operasi universiti seperti Kampus Teknologi, Kampus Bandar dan penginapan pelajar luar kampus. Dalam keadaan kurang lengkap, Pejabat Pembangunan semampunya merancang kemudahan-kemudahan yang sesuai di bangunan sewaan berdasarkan keperluan pengguna.

Sekian, terima kasih.


Ir. DR MOHD RAYME BIN ANANG MASURI 

PhD, P.Eng., MIEM, AFHEA, (UK)

Pengarah 
Pejabat Pengurusan Pembangunan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

 

 

PENGUMUMAN

Tahniah kepada Syarikat Haji Yahaya Construction & Trading atas penyiapan Bumbung Kawasan Rehat Pelajar di Pusat Pengajian Siswazah.

3683392
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
2719
2883
22923
3538867
83562
88631
3683392

29-11-2020